Posts

Showing posts from April, 2017

Puisi Budaya dan Warisan

Adat dan warisan  Bukanlah benda asing dalam kehidupan kita Yang telah disemai sejak kecil lagi. Adat dan warisan Jika bukan kita Siapa lagi yang akan menjaganya Yang akan terus memeliharanya. Adat dan warisan Tinggalan nenek moyang kita Haruslah diikuti dalam kehidupan seharian kita. Adat dan warisan  perlulah diamalkan  Dalam kehidupan bermasyarakat supaya tidak hilang ditelan zaman.

Puisi Ilmu

Ku buka lembaran demi lembaran Ku baca kata demi kata Dengan hati Ku tulis semua makna dan erti. Ilmuku tak terasa beban dibahuku Keiinginan tahuku tidak malu bertanya Biar semua tahu itu apa Biarku jawab itu semua Kerana ku tahu itu jawapannya. Otakku tak ingin beku Fikiranku selalu ingin tahu Kerana pengetahuan ku Aku jadi lembab.

Puisi Sosial

anak-anak kecil di tepian bangunan berpeleseran mencari makanan menyelongkar sisa terbuang bagi mengalas perut yang lapar. tilam mereka hanya kotoran jalanan alas mereka hanya kotak buruk selimut mereka hanyalah dingin malam bantal mereka hanya lengan bertulang. sedangkan ada antara kita  tidur di rumah bak istana bertilamkan sutera berselimutkan bulu kambing biri-biri  yang empuk. mana perginya sikap kita membiarkan antara saudara kita merempat membiarkan mereka berlapar tanpa ada rasa belas kasihan.

Puisi Sains Dan IT

Dengan awal yang sederhana dan terus berkembang Dari bulan demi bulan Dari tahun demi tahun Dari alat tradisional hingga berubah menjadi alatan moden Dari sebuah loceng menjadi sebuah bel. Terus dan terus membantu pekerjaan manusia Dari yang berat  menjadi ringan. Tanpa sebuah alat bantu Mungkin sebuah perkerjaan  Tidak dapat selesai  Tanpa sebuah alat bantu Pekerjaan yang seharusnya  singkat menjadi lambat.

Puisi Agama

Dahulu pernah aku menagih simpati kepada manusia  yang alpa jua buta. lalu terheretlah aku dilorong kegelisahan luka hati yang berdarah  kini kian parah. semalam  sudah sampai pengakhirannya kisah seribu duka  ku harap sudah berlalu tak ingin lagi kuulangi kembali segala dosa  yang menghiris hati dosa itu menggunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas tak tergambar syukurku atas setitis nikmatMu dibumi walau taubat sering kumungkir namun pengampunanMu tak pernah bertepi bila selangkah kurapat padaMu seribu langkah kau rapat  padaku.

Puisi Kemerdekaan/Patriotik

tanah air ini tempat kita dilahirkan tempat kita berpijak tempat kita beranak-pinak tempat kita mencari rezeki. tanah air ini yang bakal anak-anak warisi yang bakal dihuni mereka yang dahulunya warisan pusaka yang dahulunya pernah tergadai. tanah air ini sanggupkah kita biarkan ia tergadai sanggupkah kita biarkan ia dijajah sanggupkah kita biarkan ia jadi sejarah demi kelangsungan anak bangsa merdeka.

Puisi Kasih Sayang/ Cinta

lelaki tua ditepi jalan berkemaja kotor celanaya rabak duduk di tangga  menunggu sisa makanan restoran mamak bagi mengalas kekosongan perut sehari. lelaki tua itu mengheret kaki kemana-mana tanpa arah tujuan menyelongkar lautan sampah di cruk kota bagi mencari sesuap cuma. lelaki tua itu sekujur tubuh tua dibiarkan disitu darah berlumuran dijalanan dan dibilik mayat pula tidak dituntut dibiarkan tanpa ehsan sesiapa. dimana anak yang ditatang dahulu? dimana anak yang diberi segala? ibu ayah dibiar sendiri makan minum tidak dihirau hidup mati tidak dipeduli.

Puisi Alam

kicauan burung terdengar merdu menandakan adanya hari baru indahnya ciptaan tuhan ini membuatkan diriku terpaku. kupejamkan mataku sejenak kurentangkan tanganku sejenak sejuk, tenang, senang yang kurasakan membuatku tidak mahu membuka mata. wahai pencipta alam kekagumanku sulit untuk kupendam  pesogannya tidak pernah padam meski siang atau malam.

Puisi Ekonomi

keras memanas sang mentari terik menyengat membuat kulit terkupas aku hanya ingin lega bernafas meski harus bekerja keras tanpa istirehat dan tanpa alas aku tetap bekerja memeras keringat demi kelangsungan hidup di era moden ini. aku terus memerah keringat tanpa menghirau panas mentari kerana tak mampu membayar meski lengkuas pendapatan kecil tanpa harus ikhlas demi anak-anak yang bakal disuap kelak. aku harus bertahan hidup walau nasib semakin redup kerana sebahagian sudah terlangkup tak mampu bertahan untuk menghirup terasa diri sudah tidak sanggup tetapi ku gagahkan jua demi rezeki nan halal.

Puisi Perpaduan

bangkitlah  anak-anak merdeka demi menegakkan kebenaran dan menebas kebatilan itu mari kita lupakan perbezaan dan rapatkan hubungan menyusun agenda. tegakkan maruah bangsa kita yang tercalar dan tercalar bangkitlah kita daripada kehancuran yang menyesatkan atas nama tiang agama suci ayuh tanamkan tekad melawan godaan yang menggelincirkan akidah. biar mereka terpegun biar mereka sedar  siapa kita kitalah warga terbilang yang mengharumkan nama yang memegang teguh di tanah pusaka tercinta ini.