Puisi Ekonomi

keras memanas sang mentari
terik menyengat membuat kulit terkupas
aku hanya ingin lega bernafas
meski harus bekerja keras
tanpa istirehat dan tanpa alas
aku tetap bekerja memeras keringat
demi kelangsungan hidup
di era moden ini.

aku terus memerah keringat
tanpa menghirau panas mentari
kerana tak mampu membayar meski lengkuas
pendapatan kecil tanpa harus ikhlas
demi anak-anak yang bakal disuap kelak.

aku harus bertahan hidup
walau nasib semakin redup
kerana sebahagian sudah terlangkup
tak mampu bertahan untuk menghirup
terasa diri sudah tidak sanggup
tetapi ku gagahkan jua demi rezeki nan halal.

Comments